Ramai orang yang masih ada mentaliti "PTPTN kan ado". Tapi baru-baru ni dengar macam dah "tak ado" sebab ramai peminjam yang gagal untuk bayar. Kos pendidikan semakin tinggi dan yang pandai pun bertambah ramai. Maka makin sengitlah persaingan untuk dapatkan pinjaman pendidikan/biasiswa yang semakin berkurang. 

[embedyt]http://https://www.youtube.com/watch?v=erCVVn6IsrQ[/embedyt]

Kalau ada pelan pendidikan, bolehlah kurangkan beban ibu bapa kerana pelan ini direka khas untuk ibu bapa menyimpan dari awal. Bila nak guna nanti, ada sejumlah wang yang boleh digunakan untuk anak-anak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Apa bezanya menyimpan di dalam bank dan menyimpan dengan pelan pendidikan ialah pelan pendidikan menyediakan rider pembayar yang mana syarikat takaful/insurans akan membayar bagi pihak pembayar sekiranya pembayar meninggal dunia, hilang upaya kekal dan menyeluruh (TPD) atau didiagonis dengan 36 sakit kritikal. Dalam erti kata lain PERCUMA!

Jenis-jenis polisi pendidikan

  1. Polisi Endowmen - Pelan yang menyediakan simpanan dan perlindungan. Jumlah wang akan dibayar apabila cukup tempoh matang atau berlaku kematian.
  2. Polisi Pelaburan - Pelan yang menggabungkan pelaburan dan perlindungan. Ianya lebih flexible kerana anda boleh menambah dan mengurangkan caruman bulanan mengikut kedudukan kewangan anda. Anda juga boleh pilih jenis dana untuk dilaburkan.

Education

Tips memilih polisi pendidikan

  1. Pastikan ada rider pembayar - polisi pendidikan anak akan menjadi percuma sekiranya jika pembayar (ibu, bapa atau kedua-duanya - bergantung kepada jenis rider) meninggal dunia, TPD atau didiagnos dengan 36 jenis penyakit kritikal. Oleh itu, simpanan untuk pendidikan anak akan lebih terjamin.
  2. Mencarum mengikut kemampuan - caruman untuk polisi pendidikan perlu dilakukan secara konsisten. Biar nilai caruman sedikit tetapi yang penting konsisten. Mulakan dengan amaun yang lebih kecil jika anda kurang berkemampuan.
  3. Ketahui objektif dan risiko pelaburan - anggarkan berapa simpanan yang diperlukan untuk kos pendidikan anak anda. Bukan semua bidang pendidikan memerlukan kos yang sama. Kemudian, pilih dana yang bersesuaian. Dana-dana yang popular ialah dana ekuiti, dana bon dan dana urus. Bezanya ialah risiko pelaburan dan pulangan - high risk, high return.
  4. Cuma ambil apa yang perlu - semuanya berbalik kepada keperluan dan objektif anda mengambil polisi. Banyak rider yang disediakan oleh syarikat takaful/insurans seperti kad perubatan, pampasan kemalangan dan pampasan sakit kritikal. Jika anda mengambil terlalu banyak manfaat perlidungan, maka kuranglah amoun yang akan pergi ke pelaburan.

Untitled

Sekarang ni saya dah sediakan payung, terpulang anda nak ambil atau tak... Bermula serendah RM50/bulan anda boleh cuba untuk buat sesuatu terhadap masa depan anak anda. Nak tahu lebih lanjut boleh hubungi mana-mana agent takaful/insurans atau hubungi saya di 013-9779638megat615@prupartner.com.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published.