Apa itu family takaful?

Family Takaful atau kita biasa sebut insuran nyawa ialah perlindungan yang menyediakan pampasan sekiranya pemegang sijil takaful ditimpa musibah seperti meninggal dunia atau Total Permanent Disable (TPD). Jumlah pampasan berbeza bergantung kepada sesebuah sijil/policy. Mungkin serendah RM10,000 atau setinggi RM10,000,000!

term-life-insurance-header

Siapa yang lebih memerlukan?

  1. Breadwinner atau orang yang mencari nafkah untuk keluarga - family takaful boleh berfungsi sebagai income replacement sementara ahli keluarga yang ditinggalkan menambah punca pendapatan yang lain atau adjust lifestyle.
  2. Orang yang berhutang - personal loan, hutang belajar, hutang credit card, hutang kereta.

Siapa yang kurang memerlukan?

  1. Ahli keluarga yang tidak menyumbang kepada pendapatan sesebuah keluarga - contohnya anak-anak yang masih kecil.
  2. Mereka yang sudah tiada komitmen dan hutang.

Golongan ini bukan tidak memerlukan family takaful tetapi keutaaman haruslah diberikan kepada golongan yang lebih memerlukan.

Berapa jumlah family takaful yang diperlukan?

Ada banyak faktor yang kita perlu ambil kira sebelum menetapkan jumlah yang sepatutnya. Antaranya:

  1. objektif mengambil perlindungan
  2. baki hutang
  3. pendapatan tahunan
  4. jumlah pampasan yang waris perlukan
  5. bajet
  6. berapa simpanan yang anda sudah ada

Persoalannya, cukupkah perlindungan yang anda ambil sekarang? Cuba bukak policy dan tengok, agak-agak berapa lama keluarga anda boleh survive dengan amount tersebut... Sekiranya anda masih keliru, bolehlah hubungi mana-mana Takaful Consultant yang berdaftar atau hubungi saya, Megat, di 013-9779638.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.