Company Dah Cover

Apakah faktor yang selalu diambil kira ketika memilih sesebuah tawaran pekerjaan? Antaranya ialah gaji, jawatan, bilangan hari cuti tahunan, bonus dan manfaat perubatan seperti medical card. Dan saya dahulu apabila menerima tawaran, saya akan diminta untuk menandatangani surat tawaran di mana kandungannya terdapat butiran mengenai gaji, jawatan dan manfaat perubatan.

"Dah ada manfaat perubatan, kenapa lagi nak ambil medical card personal? Bukankah semuanya majikan dah sediakan? Siap dapat medical card lagi untuk simpan dalam wallet. Tak perlu lah nak bazirkan duit yang tak berapa banyak nak ada tu."

Betul lah tu, kalau jadi apa-apa, boleh claim dengan syarikat punya insurans. Cuma kadang-kadang perlu dahulukan duit kita, hujung bulan syarikat bayat claim. Yang penting, dapat balik.

Tapi ada beberapa perkara yang kita perlu renung-renungkan....

Majikan Lindungi Sampai Bila?

Sampai bila kita boleh gunakan manfaat perubatan syarikat kita berkerja? Jawapannya, selagi mana kita bekerja lah. Tak dinafikan, ada syarikat yang tanggung kos perubatan walaupun selepas pencen. Tapi majoritinya tidak. Jadi, takkan nak tunggu pencen baru nak mohon medical card personal? Masa tu dah tak berkerja dan caruman bulanan mahal. Dan persoalan yang paling besar, adakah kita sihat dan layak untuk memohon?

Adakah Manfaat Yang Disediakan Itu Kekal?

Adakah anda tahu terma dan syarat perlindungan yang disediakan seperti had tahunan, had untuk setiap kemasukan, bilangan hari yang dilindungi dan ko-insurans / ko-takaful? Dan anda perlu ingat bahawa terma dan syarat tersebut mungkin berubah dari masa ke masa bergantung kepada keputusan pihak majikan.

Cukup ke?

Ramai yang rasa selesa apabila pihak majikan sudah sediakan manfaat perubatan. Kadang kala lansung tak ambil tahu dengan lebih terperinci sehingga lah perlu menggunakan manfaat tersebut. Kemudian baru sedar bahawa ianya tidak mencukup. Jumlah kos rawatan jauh lebih tinggi berbanding dengan had yang ditetapkan dan akhirnya perlu mengeluarkan duit simpanan.

Backup Plan

Personal medical card merupakan salah satu backup plan yang makin ramai terutamanya golongan muda sedar akan kepentingannya. Bukan bermakna mereka ingin menjadikan hospital sebagai rumah kedua, tetapi sekiranya jika berlaku musibah, duit simpanan mereka tidak perlu dikorbankan.

Siapa di antara kita yang menabung kerana untuk membiayai kos perubatan? Saya yakin tiada. Kita menabung untuk masa depan keluarga, kos pendidikan anak, untuk menyara hidup selepas bersara ataupun untuk menunaikan haji/umrah. Alangkah sayangnya jika duit itu terpaksa digunakan untuk membiayai kos perubatan sedangkan tujuan kita sebenarnya bukan untuk itu.

Sekiranya anda masih sihat, buatlah keputusan yang bijak dengan segera.

Info mengenai pelan medical dari PruBSN: www.megathazwan.com/medical-card/

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di 013.977.9638.

Megat Hazwan
Prudential Wealth Planner
megat615@prupartner.com.my
megathazwan.prudential@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.