Perbualan biasa seorang agent bila approach orang ramai dekat booth:

Mr. A : Saya dah ada
Agent : Apa yang ada?
Mr. A : Company saya dah cover
Agent : Tu company yang ada ke awak yang ada?

Company Coverage

Salah satu sebab kita pilih untuk berkerja di sesebuah company itu ialah medical benefit yang dia offer. Kalau boleh nak yang UNLIMITED, cover satu family, cover sampai bila-bila, mak ayah pun cover. Sebab apa? Sebab bil hospital MAHAL! Tahu pun...hehe....

job-hunt

Hakikat Company Coverage

Tapi, company cover tu maksudnya apa? Siapa yang punya polisi tu? Company punya ke anda punya? Memandangkan tu company punya, maka mereka boleh ubah sesuka hati mereka lah sebab mereka punya. Walaupun dalam employment letter masa masuk kerja memang tulis anda dapat medical benefit, tapi ada tulis ke berapa limit? Cuba pergi check.

Anda perasan tak, banyak company yang dah kurangkan medical benefit? KENAPA? Salah satu sebabnya ialah premium insurance kelompok yang semakin meningkat. Oleh kerana company nak bayar premium yang sama, maka benefit akan dikurangkan. Ada juga sesetengah company yang bagi allowance pada pekerja untuk ambil plan medical sendiri.

Bagi mereka yang tak dapat company coverage sehingga nyawa berpisah dengan jasad, bila anda bercadang untuk ambil plan medical sendiri? Sehari sebelum pencen? Kebiasaannya penyakit kritikal tu datang masa kita muda dan masih berkerja atau tua dan dah pencen?

Sorry, It's too late...

Ingat lagi kisah pakcik yang call saya dulu. Kasihan tapi tak boleh nak tolong...

Pakcik : Saya nak ambil medical card.
Saya : Boleh, tapi saya kena explain dulu lah. Baru pakcik paham apa yang pakcik ambil.
Pakcik : Saya dah banyak kali dengar agent explain.
Saya : Dah tu kenapa pakcik tak ambil dengan agent tu?
Pakcik : Sebab semua company tolak application saya. Saya nak cuba dengan company awak pulak lah.
Saya : Kenapa kena tolak?
Pakcik : Sebab saya ada darah tinggi, lepas tu dah pernah by-pass (apa tah lagi sakit dia sebut). Pakcik tahu umur macam pakcik ni kena bayar mahal tapi pakcik sanggup bayar.
...
...
...

20151009_172041

Betul lah orang kata duit tak boleh beli masa. Sekarang sanggup bayar mahal pun tak apa asalkan dapat coverage. Pakcik tu dulu mungkin tak ada awareness semasa dia muda sebab mungkin tak ada agent pernah approach dia untuk share tentang takaful awareness. Anda dah ditakdirkan untuk baca artikel ini dan diberi kesempatan untuk buat sesuatu NANTI atau SEKARANG. Kalau nak SEKARANG, hubungi saya di 013-9779638 atau megat615@prupartner.com.my. Kalau NANTI, belum tentu sempat...... =)

Leave a Reply

Your email address will not be published.