Apa Itu Ramadhan Box

Ramadhan Box (RB) adalah program tahunan Muqmeen Community Club, Muqmeen Group (MG) Klang yang bertujuan menyalurkan bantuan makanan pada bulan Ramadhan kepada keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan terutamanya di sekitar Lembah Klang.

Ramadhan Box 2015 - 2017

Ramadhan Box bermula pada tahun 2015. 

Kami menerima senarai penerima RB daripada pihak sekolah dan masayarakat tempatan. Sebelum RB diagihkan, ahli jawatan kuasa akan melakukan site visit ke rumah penerima untuk memastikan keadaan sebenar.

Dana dikumpulkan dari sumbangan masyarakat awam, para pelanggan dan ejen-ejen dari Muqmeen Group sendiri. Kos operasi ditanggung sepenuhnya oleh pihak MG Klang.

Proses pembungkusan akan dlakukan sendiri oleh kami gi Office MG Klang.

Pengagihan Ramadan Box

Ramadhan Box 4.0 akan diagihkan seminggu sebelum bulan Ramadhan. Penyumbang juga dijemput untuk turut serta bersama-sama mengagihkan RB.

Bagaimana Nak Sertai Ramadhan Box 4.0?

Anda boleh membeli kupon yang bernilai RM20 daripada mana-mana ejen MG Klang. Sumbangan anda akan disalurkan 100% kepada penerima RB.