Seiring dengan pengumuman YAB Perdana Menteri, Prudential Assurance Malaysia Berhad dan PruBSN Takaful Berhad akan melaksanakan Penangguhan bayaran Premium/ Sumbangan selama 3 bulan kepada pemegang polisi Prudential/pemegang sijil PruBSN yang terkesan secara kewangan yang disebabkan oleh COVID-19 atau Perintah Kawalan Pergerakan (MCO).

APAKAH PENANGGUHAN BAYARAN PREMIUM/ SUMBANGAN?

Tempoh penangguhan selama 3 bulan untuk membayar premium/sumbangan yang perlu dibayar. Sepanjang tempoh ini, perlindungan insurans/takaful akan diteruskan seperti biasa.

SIAPA YANG LAYAK?

Semua pemegang polisi Prudential/sijil PruBSN yang terkesan secara kewangan yang disebabkan oleh COVID-19 atau Perintah Kawalan Pergerakan (MCO).

BILAKAH TARIKH KUAT KUASA?

Dari 1 April 2020 hingga 31 Disember 2020

Penangguhan premium/sumbangan adalah sehingga 3 bulan maksimum dari tarikh kelulusan.

BAGAIMANA UNTUK MEMOHON?

Permohonan boleh dibuat melalui e-mel kepada customer.mys@prudential.com.my (untuk pemegang polisi Prudential Assurance Malaysia) atau customer@prubsn.com.my (untuk pemegang sijil Prudential BSN Takaful), dengan perkara:

PERMOHONAN PENANGGUHAN PEMBAYARAN: POLISI/SIJIL-SIJIL XXXXXXXX

Dokumen sokongan yang diperlukan:

  1. Surat Doktor mengesahkan jangkitan COVID-19 (jika pemegang polisi/sijil dijangkiti),
  2. Surat Pengurangan Gaji/Surat Penamatan Gaji Majikan, atau
  3. Surat Penutupan bagi perkhidmatan bukan penting oleh Pemilik Perniagaan, atau
  4. Bukti atau dokumen lain yang relevan, jika ada

Berikut hanyalah ringkasan maklumat. Jika anda mempunyai sebarang persoalan, anda boleh berhubung dengan ejen anda atau muat turun dokumen di bawah:

Prudential Premium Payment Deferment.pdf

Megat Hazwan

Prudential Wealth Planner
6013-977 9638

Leave a Reply

Your email address will not be published.