Soalan biasa client atau prospect tanya bila saya cerita pasal PruBSN Takaful Investment-linked plan ialah berapa peratus dari yang dibayar tiap-tiap bulan masuk ke dalam simpanan atau cash value. Jawapannya...... berubah mengikut tahun.

Sebelum itu, kita perlu faham pembahagian caruman terbahagi kepada dua:

  1. Allocated contribution
  2. Unallocated contribution

Sila rujuk infogram...

1. Allocated Contribution

Ini adalah pecahan caruman yang digunakan untuk membeli unit Dana Takafulink PruBSN. Jumlah itu kemudiannya ditolak untuk bayaran Tabarru' Charge, Service Charge dan Asset Management Charge. Lebihan daripada itu akan menjadi cash value.

Peratusan untuk Allocated Contribution akan meningkat dari tahun pertama sijil (40%) sehingga tahun ke tujuh (100%). Ini bermakna, kadar peningkatan cash value akan bertambah mengikut tahun caruman. Anda boleh rujuk quotation dan lihat peningkatan cash value. Namun, pada satu peringkat, Tabarru' Charge akan melebihi Allocated Contribution dan anda boleh lihat penurunan cash value. Mengapa ini berlaku?? Tabarru' Charge meningkat bila umur meningkat kerana risiko berkait dengan faktor usia.

2. Unallocated Contribution

Pecahan caruman yang kedua ini digunakan untuk membayar komisyen agent dan yang berkaitan dengan distribution channel. Caj ini akan dikenakan selama 6 tahun pertama sijil takaful mengikut peratusan seperti dalam infogram.

PruBSN PUA Cont. Allocation

 

Jadi pemahaman ini amat penting bagi sesiapa yang ingin mencarum. Yang sudah lama mencarum boleh rujuk kepada agent masing-masing.

Untuk khidmat nasihat takaful dengan jelas, nyata dan telus, boleh hubungi saya di 013-9779638. Dan yang penting, ianya PERCUMA!! Anda juga boleh add/PM saya di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published.