Sudah Terantuk Baru Tengadah

AKHIRNYA anda sedar takaful tu penting selepas ulang-alik hospital. Tak pun baru sedar yang syarikat anda berkerja cuma bagi manfaat perubatan selagi anda berkerja sahaja. Adakah sudah terlambat untuk mohon pelan takaful?

Takaful Untuk Semua

Semua orang boleh mohon untuk ambil pelan takaful. Persoalannya LULUS atau TIDAK. Lulus atau tidak semua bergantung pada syarikat takaful. Empat kemungkinan yang bakal terjadi:

  1. Approved - diluluskan tanpa syarat tambahan.
  2. Rated-up - diluluskan tetapi anda perlu membuat caruman yang lebih untuk manfaat takaful yang sama.
  3. Exclusion - diluluskan dengan syarat-syarat tambahan seperti pengecualian terhadap penyakit sedia ada.
  4. Declined - caruman anda dipulangkan kerana anda tidak layak.

Keputusan ini akan bergantung kepada status kesihatan anda semasa membuat permohonan.

Takaful Bukan Welfare

"Andai kata minggu depan nak buat pembedahan, sempat tak mohon kad perubatan?"

Jawapannya TAK! Tiada pilihan lain melainkan bayar sendiri bil yang beribu-ribu tu. Dah selesai pembedahan, baru boleh mohon. Lulus atau tak, itu bergantung pada underwriter syarikat takaful. Tujuan takaful memang untuk membantu orang ramai sekiranya ditimpa musibah tetapi anda perlu memahami konsep takaful yang sebenarnya.

Photo 12-10-15, 4 40 03 PM

Sihat Sebelum Sakit

Anda sihat lagi? Muda lagi? Tapi belum ada pelan takaful? Tugas saya adalah membantu orang ramai mendapatkan khidmat nasihat takaful dengan lengkap, jelas dan telus. Anda perlu bantuan? Hubungi saya di 013-9779638 (Megat Hazwan).

Leave a Reply

Your email address will not be published.