Ada beza ke simpan duit sekarang dengan simpan duit nanti?

OK, cuba tengok gambar kat bawah ni. A dan  kedua-duanya menyimpan tetapi tempoh simpanan dan waktu menyimpan berbeza. 

menyimpan sebanyak RM100/bulan dari umur 25 tahun hingga 35 tahun.

menyimpan sebanyak RM100/bulan dari umur 35 tahun hingga 55 tahun.

Katakan mereka berdua simpan  kat tempat yang ada return/dividen 6% setahun (contohnya Tabung Haji/ASB) dan tak buat pengeluaran. Agak-agak, siapa yang ada duit lebih banyak pada umur 55 tahun?

Dari umur 25 tahun hingga 35 tahun, A dah simpan RM12,000 dan dapat pulangan sebanyak RM4,469.87 (Jumlah keseluruhan = RM16,469.87). Manakala tidak membuat sebarang simpanan.

Dari umur 35 tahun hingga 55 tahun, tidak membuat simpanan RM100/bulan tetapi masih mendapat pulangan sebanyak RM38,048.77 hasil daripada simpanan yang terdahulu. pula baru ingin mula menyimpan dan sepanjang 20 tahun ini, jumlah simpanan B ialah RM24,000. Hasil daripada simpanan tersebut, B mendapat pulangan sebanyak RM22,345.11.

Jika dicampurakan kesemua jumlah simpanan dan pulangan, hasilnya adalah seperti berikut:

A - RM54,518.64

B - RM46,435.11

Itulah kelebihan compound interest kepada mereka yang menyimpan lebih awal. Jadi, jom kita simpan duit bermula dari sekarang.

Link untuk mengira compound interest secara online:

http://www.thecalculatorsite.com/finance/calculators/compoundinterestcalculator.php

Jika ada kekeliruan, boleh hubungi saya:

Megat Hazwan

013-977 9638

megat615@prupartner.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.