Apa itu MRTA? Siapa perlu MRTA?

Siapa yang penah beli hartanah mesti pernah dengar pasal MRTA atau Mortgage Reduced Term Assurance. Apa itu MRTA? MRTA merupakan sejenis perlindungan insurance untuk pinjaman rumah. Dengan adanya MRTA, sekiranya berlaku kematian atau Total Permanent Disable (TPD) kepada peminjam, polisi MRTA tersebut akan membayar baki pinjaman yang terunggak kepada pihak bank!

Ciri-ciri MRTA

1. Bayaran lump sum (sekali gus). Kebiasaannya dimasukkan ke dalam loan (kerana jumlah lump sum yang mahal) bagi membolehkan bayaran preium secara bulanan. Oleh itu, premium MRTA akan dikenakan faedah oleh pihak bank.

2. Tempoh perlindungan sama seperti tempoh pinjaman.

3. Jumlah perlindungan akan berkurangan mengikut baki pinjaman.

4. Lebih murah berbanding dengan life insurance atau TakafulLink sekiranya dikira dari sudut jumlah caruman.

5. Tiada nilai tunai (cash value).

6. Perlu memohon MRTA yang baru untuk setiap kali ingin membeli hartanah.

Ciri-ciri TakafulLink

1. Bayaran secara berkala. Oleh itu tidak perlu masukkan bersama loan dan ini akan mengelakkan kita daripada dikenakan faedah oleh bank.

2. Jumlah perlindungan sekata sepanjang tempoh pinjaman atau sehingga umur kita 80 tahun (yang mana lebih dahulu).

3. Jumlah perlindungan yang fleksible. Boleh diubah mengikut keperluan perlindungan pinjaman.

4. Jumlah premium yang tetap. Walaupun umur meningkat, caruman tetap sama. Ini akan menjimatkan kita dalam jangka masa panjang.

5. Ada nilai tunai dan perkongsian untung hasil dari keuntungan wang caruman yang dilaburkan oleh syarikat.!

6. Boleh menggunakan polisi TakafulLink yang sama jika ingin menjual hartanah yang sedia ada dan membeli hartanah baru.

7. Boleh digandingkan dengan pelbagai manfaat perlindungan lain yang penting seperti medical card dan sebagainya.

Nak tahu lebih lanjut? Sila hubungi saya...

Megat Hazwan
013-977 9638

Leave a Reply

Your email address will not be published.