MedicProtector

Medical Card MedicProtector adalah salah satu manfaat tambahan di dalam pelan PruBSN AnugerahPlus. Fungsi asas medical card MedicProtector ini adalah sama dengan medical card plan PruBSN Takaful yang lain, iaitu memberikan perlindungan kewangan untuk rawatan di hospital sama ada disebabkan oleh penyakit atau kemalangan atau kecederaan.

MedicProtector ni ada pelbagai ciri-ciri menarik dan sangat berguna kepada semua pemegang sijil takaful PruBSN AnugerahPlus yang mempunyai rider ini.

Antara ciri-ciri yang menarik untuk medical card MedicProtector ini ialah:

1. Had Tahunan Yang Tinggi

Medical Card MedicProtector menyediakan had tahunan RM150,000 hingga RM400,000 setahun. Tambahan kepada itu, pemegang sijil berpeluang meningkatkan had tahunan sebanyak RM1,000,000 dengan penambahan Medic Booster. Maka, had tahunan akan menjadi RM1,150,000 hingga RM1,400,000 setahun.

2. Had Tahunan Berganda

Had tahunan akan digandakan sekiranya pemegang sijil disahkan menghidap Kanser, Serangan Jantung atau Kegagalan Buah Pinggang.

Sebagai contoh, sekiranya had tahunan ialah RM400,000 dan kemudian disahkan menghidap Kanser, maka had tahunan yang baru akan menjadi RM800,000.

3. Had Sepanjang Hayat UNLIMITED

Kesemua pelan MedicProtector tidak mempunyai had sepanjang hayat. Ini bermaksud, sekiranya pemengang sijil membuat tuntutan, tuntutan tersebut hanya tertakluk kepada had tahunan sahaja.

4. Elaun Rawatan

Medical Card MedicProtector menawarkan elaun Rawatan untuk Kemoterapi, Radioterapi, Dialisis Buah pinggang, dan Penjagaan Susulan Serangan Jantung. Ini kerana, apabila pemegang sijil mendapatkan rawatan penyakit di atas, terdapat kos-kos lain selain dari kos perubatan seperti kos pengangkutan pergi dan balik hospital.

5. Manfaat Komplikasi Kehamilan

Berikut adalah senarai komplikasi kehamilan yang dilindungi:

  • Disseminated Intravascular Coagulation
  • Ectopic Pregnancy
  • Hydatidiform Mole
  • Postpartum Hemorrhage Requiring Hysterectomy
  • Eclampsia
  • Amniotic Fluid Embolism
  • Pulmonary Embolism of Pregnancy
  • Toxaemia of Pregnancy

6. Manfaat Imunisasi Haji / Umrah

MedicProtector menyediakan manfaat imunisasi kepada pemegang sijil yang ingin menunaikan haji atau umrah sebanyak RM300 untuk setiap tiga tahun.

Jadual Manfaat

Contoh Caruman Bulanan

Amir seorang lelaki yang tidak merokok berumur 30 tahun bekerja sebagai seorang admin di pejabat.

Amir

Plan 150
RM97
Plan 200
RM102
Plan 300
RM127
Plan 400
RM171

Sekiranya anda ingin mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci, sila berhubung dengan mana-mana agent yang sah. Sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat nasihat dari saya, anda boleh hubungi saya di 013-977 9638 atau WhatsApp.

Atau boleh follow FB saya di www.facebook.com/megatmhazwan dan PM inbox. InsyaAllah saya akan bantu anda untuk mendapatkan plan dan service yang terbaik.

Megat Hazwan
www.megathazwan.com