Assalamualaikum...

Kebelakangan ini, banyak client dan kawan-kawan saya tanya berkenaan dengan HIBAH. "Apa itu hibah?" Secara ringkasnya, hibah bermaksud pemberian dari suatu pihak kepada pihak yang lain ketika masih hidup. Hibah merupakan salah satu cara pengurusan harta Islam menurut syarak.

Apa kaitan hibah dengan takaful?

Pernah tak anda terfikir siapa yang akan dapat pampasan sijil takaful yang anda ambil sekiranya berlaku kematian? Semua pemegang sijil takaful ada pilihan untuk membuat penamaan sijil takaful. 

Penamaan sijil takaful terdapat dua jenis iaitu:

  1. Wasi (Pelaksana)
  2. Hibah Bersyarat
Contoh Borang Penamaan

 

 

Beza antara Wasi & Hibah

Wasi cuma merupakan perlaksana. Wasi perlu mengagihkan wang sijil mengikut Undang-undang Islam Pusaka (Faraidh) atau Akta Probet dan Pentadbiran 1959 [Akta 97]. Ini bermakna, wang sijil / pampasan tersebut bukan milik Wasi tetapi Wasi hanya bertanggungjawab untuk mengagihkan sahaja.

Hibah Bersyarat pula memberi pemilikan sepenuhnya kepada penama aterhadap wang sijil di bawah sijil takaful mengikut peratusan yang telah ditetapkan oleh pemengang sijil takaful semasa hidup. Hak penerima hibah bersyarat ini dilindungi oleh Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

 

Kelebihan Hibah

Apakah kelebihan hibah kalau dibandingkan dengan Wasi?

  • Penerima hibah merupakan memiliki sepenuhnya wang sijil. Ianya tidak boleh dicabar oleh waris-waris lain.
  • Penerima hibah tidak terhad kepada ahli keluarga. Pemengang sijil takaful boleh menamakan anak angkat, sahabat atau sesiapa sahaja sebagai penerima hibah.
  • Aliran tunai segera - wang sijil tidak termasuk sebahagian dari harta pusaka. Oleh itu , penerima hibah tidak perlu menunggu proses pembahagian harta pusaka yang lama.
  • Hibah bersyarat ini dilindungi oleh Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

"Suatu penamaan oleh peserta takaful menurut subperenggan 2(1) bagi seorang penama untuk menjadi seorang benefisiari di bawah hibah bersyarat, hendaklah, walau apa pun mana–mana undang–undang bertulis, mempunyai kesan memindahkan pemilikan, dan hendaklah memindahkan pemilikan, manfaat takaful yang kena dibayar itu kepada penama itu atas kematian peserta takaful itu dan manfaat takaful sedemikian yang dipindahkan tidak menjadi sebahagian daripada harta pusaka peserta takaful yang mati itu atau tertakluk kepada hutangnya". Sila rujuk dokumen Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

Apakah Fungsi Hibah Takaful?

Fungsi dan tujuan seseorang itu mengambil hibah takaful berbeza mengikut keperluan masing-masing. Antaranya ialah:

  • Penggantian Pendapatan (Replacement of Income)

Cuba kita ambil senario di mana sepasang suami isteri yang berkerja. Katakanlah gaji suami RM5,000 sebulan dan gaji isteri pun RM5,000 sebulan. Andai kata pada suatu hari, suami pergi kerja terus tak balik-balik. Bagaimana dengan isteri dan anak-anak untuk meneruskan kehidupan? Perbelanjaan rumah masih kekal RM10,000 namun pendapatan keluarga hanya bergantung kepada isteri.

Lebih sedih lagi sekiranya isteri tidak berkerja. Macam mana untuk mereka meneruskan kehidupan? Tak mahal pun hibah takaful jika hendak dibandingkan dengan masa depan isteri dan anak-anak. Betul ke betul?

  • "Back-up" kepada Hutang

Semua orang tahu hutang wajib dibayar. Banyak benda yang kita hutang contohnya kereta, rumah, line postpaid dan credit card. Sebagai umat Islam kita WAJIB melunaskan semua hutang-hutang tersebut. Siapa pernah pergi majlis solat jenazah? Perasan tak nanti ada orang akan cakap, "kalau ada hutang sila tuntut dengan saya atau waris-waris yang lain". Sanggup ke anda nak suruh waris anda bayar semua hutang-hutang anda?

  • Harta Untuk Diwarisi

Kalau boleh kita mesti nak tinggalkan harta untuk anak-anak kita kan? Katakan anda mempunyai 4 orang anak dan anda berhajat untuk mewariskan RM200,000 kepada setiap seorang. Maksudnya, anda perlu ada RM800,000! Sebaliknya dengan hibah takaful, anda cuma perlu menyimpan sebanyak RM300-RM350 sebulan (bergantung kepada umur, jantina, perkerjaan dan status merokok) untuk menyediakan harta sebanyak RM800,000 untuk diwarisi. Mudah kan?

Kalau Tak Buat Hibah Takaful?

Boleh, tetapi waris perlu melalui proses pembahagian harta pusaka. Proses akan bertambah rumit dan mengambil masa yang panjang sekiranya waris tidak muafakat dengan pembahagian. Proses itu turut melibatkan kos seperti khidmat guaman dan lain-lain. 

Anda nak tahu lebih lanjut mengenai HIBAH TAKAFUL? Saya boleh bantu anda.

Megat Hazwan
Prudential Wealth Planner
megat615@prupartner.com.my
megathazwan.prudential@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.