Apa Itu Hibah?

Dalam Islam, hibah adalah pemberian hadiah kepada seseorang secara sukarela semasa hayatnya atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan balasan.

Apa Itu Hibah Takaful?

Hibah takaful pula adalah hadiah (daripada wang pampasan kematian) melalui sijil takaful. Pampasan tersebut akan diberikan kepada penama dan ianya tidak tertakluk kepada hukum faraid.

Apakah Kelebihan Hibah Takaful?

  1. Penama adalah penerima mutlak
  2. Pampasan tidak perlu melalui proses pengurusan harta pusaka yang rumit atau memakan masa yang panjang
  3. Mengelakkan konflik prebutan keluarga terhadap pampasan. Penerima hibah takaful mempunyai hak mutlak dan dilindungi oleh Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013
  4. Penama boleh diletakkan ke atas nama sesiapa sahaja termasuklah anak angkat dan sesiapa yang bukan waris.

Bagaimana Hibah Takaful Boleh Membantu?

Hibah takaful dapat membantu waris untuk meneruskan kehidupan dari sudut kewangan. Pampasan yang dihibahkan boleh digunakan untuk tujuan dana pendidikan anak-anak, pembiayaan rumah / kereta dan perbelanjaan harian.

Siapa Yang Memerlukan Hibah Takaful?

Antara golongan yang sangat memerlukan hibah takaful ialah:

  • Pasangan mempunyai rumah atas satu nama (sole ownership house) @ proxy
  • Pasangan mempunyai rumah atas dua nama (joint ownership house)
  • Orang yang banyak hutang
  • Pasangan mempunyai anak perempuan sahaja
  • Pasangan mempunyai anak lelaki dan perempuan tetapi ingin membahagikan harta sama rata
  • Pasangan mempunyai anak OKU (perlu jagaan khas)
  • Pasangan mempunyai anak angkat / tiri
  • Lelaki yang berpoligami
  • Saudara baru (muallaf)
  • Pemilik perniagaan untuk kesinambungan perniagaan selepas kematian

Berapakah Jumlah Hibah Takaful Yang Diperlukan?

Jumlah yang diperlukan adalah berbeza mengikut keperluan individu atau sesebuah keluarga. Sekiranya anda terdapat sebarang persoalan atau berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai caruman bulanan, anda boleh hubungi saya di 013-9779638 atau klik butang WhatsApp di bawah:

Megat Hazwan

Prudential Wealth Planner
6013-977 9638