Anda Mempunyai Sebarang Soalan Berkenaan Hibah Takaful?

Assalamualaikum!

Saya merupakan Ejen PruBSN Takaful sejak tahun 2014. Berikut merupakan soalan-soalan yang kerap ditanya berkenaan hibah takaful.

Anda boleh membuat temujanji secara fizikal atau melalui atas talian untuk penjelasan lebih lanjut dan terperinci.

Terima kasih!

Megat Hazwan

Prudential Wealth Planner

(6013-977 9638)

1. Hibah Takaful

Secara amnya, Takaful boleh dianggap seperti insurans versi Islamik, namun terdapat perbezaan pada prinsip dan kaedah bagaimana Takaful beroperasi. Takaful bukan sahaja terhad untuk orang Islam, malah ia juga terbuka kepada orang bukan Islam yang ingin melanggan dan menerima manfaat Takaful.

Takaful menawarkan pelbagai jenis pelan yang merangkumi perlindungan hayat/Takaful keluarga, perubatan, pendidikan, pelaburan, dan banyak lagi. Berdasarkan kontrak Takaful, perjanjian yang dibuat adalah berlandaskan konsep Ta`awun (kerjasama dan tolong-menolong). Ini bermakna peserta atau pemegang pelan Takaful bukan sahaja dapat melindungi diri mereka sendiri apabila ditimpa musibah, tetapi juga memberi bantuan kepada peserta Takaful lain yang berkelayakan, serta penama mereka.

 

Hibah merupakan perbuatan memberi dan merujuk kepada pemindahan hak milik sesuatu yang khusus daripada seorang penderma (Wahib) kepada seorang penerima (Mawhub lahu) tanpa mengenakan sebarang syarat.

Apabila anda menamakan benefisiari di bawah hibah bersyarat, manfaat kematian takaful anda akan dikecualikan daripada faraid secara automatik (pembahagian aset dan harta pusaka menurut undang-undang perwarisan Islam) selepas anda meninggal dunia. Proses ini boleh menjadi proses yang merumitkan dan memakan masa yang lama untuk dilaksanakan. Dengan menamakan benefisiari, anda boleh memastikan orang tersayang menerima manfaat sijil takaful anda tanpa perlu melalui prosedur pewarisan yang panjang.

Menurut Jadual 10 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, sebagai peserta takaful, anda boleh menamakan seorang individu untuk menerima manfaat takaful anda sebagai pelaksana atau sebagai benefisiari di bawah hibah bersyarat selepas anda meninggal dunia. Pilihan untuk menamakan benefisiari melalui hibah bersyarat adalah satu peruntukan istimewa untuk memastikan orang tersayang anda menerima manfaat anda tanpa perlu melalui prosedur pewarisan yang berpanjangan atau menunggu untuk harta diagihkan sebagai sebahagian daripada harta pusaka anda di samping aset-aset anda yang lain.

2. Tempoh Perlindungan

Setiap pelan takaful mempunyai tempoh perlindungan yang tertentu. Ada yang melindungi peserta takaful selama 5, 10 atau 20 tahun. Dan ada juga yang melindungi sehingga umur 70, 80, 90 atau 100 tahun.

Secara amnya, caruman bulanan adalah berbeza bergantung kepada tempoh perlindungan. Kebiasannya, tempoh perlindungan yang lebih panjang akan memerlukan caruman bulanan yang lebih banyak.

Sijil takaful dianggap matang apabila telah tamat tempoh perlindungan. Setelah tamat tempoh perlindungan, pelanggan tidak lagi dilindungi dengan manfaat takaful.

Pemegang sijil takaful yang telah tamat tempoh perlindungan akan menerima nila tunai (cash value) jika ada. Sila rujuk FAQ Nilai Tunai (Cash Value) untuk maklumat lanjut.

Bergantung kepada pelan takaful yang di ambil, sesetengah pelan takaful seperti PruBSN WarisanPlus membenarkan pemegang sijil takaful untuk melanjutkan tempoh perlindungan.

Sebagai contoh:

Azizul melanggan PruBSN WarisanPlus dan tempoh perlindungan tamat pada usia 55 tahun. Azizul boleh memanjangkan tempoh perlindungan kepada umur 70, 80, 90 atau 100 tahun mengikut kesesuaiannya.

3. Nilai Tunai (Cash Value)

Suka diingatkan bahawa tujuan utama kita mengambil pelan takaful adalah bagi tujuan pelindungan dan bukan pelaburan.

Sebahagian dari caruman bulanan untuk sijil takaful akan dilaburkan untuk mendapatkan pulangan. Jumlah yang terkumpul inilah yang akan menjadi nilai tunai atau cash value.

Takaful bukanlah seperti bank yang mana sekiranya tiada tuntutan dibuat, kesemua wang caruman akan dipulangkan semula. Sebahagian besar dari caruman bulanan telah didermakan ke dalam Dana Tabarru’ yang mana dana tersebut membantu membayar tuntutan peserta-peserta lain.

Sekiranya tempoh perlindungan tamat, peserta takaful akan menerima nilai tunai bagi sijil takaful tersebut.

Contoh:

Faris menyertai pelan takaful dengan caruman RM100/bulan pada umur 31 tahun. Tempoh perlindungan adalah sehingga umur 50 tahun. Setelah tamat tempoh perlindungan, Faris akan menerima nilai tunai sebanyak RM3,062 (anggaran).

Pelanggan mempunyai pilihan untuk menambah Takaful Saver. Sumbangan tambahan ini akan dilaburkan ke dalam dana pilihan pelanggan.

Sebagai contoh:
Faris menambah caruman RM100/bulan untuk Takaful Saver. Caruman bulanan Faris menjadi RM200/bulan. Selepas tamat tempoh perlindungan (20 tahun), Nilai Tunai untuk sijil takaful Faris ialah RM34,525 (anggaran).

Nak Dapatkan Sebut Harga Untuk Pelan Hibah Takaful?

Hubungi Saya Sekarang