Surat Tanpa Alamat

Apa fungsi kita tulis alamat pada surat? Supaya surat kita sampai ke destinasi yang ditujukan. Posman takkan tahu ke mana surat itu perlu dihantar melainkan anda tuliskan alamat dengan JELAS. Kalau tak ada alamat, memang kesudahannya surat itu pergi entah ke mana dan mesej yang hendak disampaikan kepada penerima surat itu tidak sampai.

Duit Tanpa Alamat

Cuba anda senaraikan semua perbelanjaan anda bulan lepas. Selepas habis buat senarai, tambah jumlah duit tersebut. Sama tak dengan jumlah pendapatan anda pada bulan tersebut? Jumlah tak sama? Atau perbelanjaan melebihi pendapatan?

Ke mana perginya duit anda? Pernah tak anda fikirkan?

Alamat Perlu Spesifik

Alamat yang dimaksudkan ialah pembahagian yang dilakukan secara sistematik dan konsisten. Kalau anda belum buat sebarang perancangan kewangan, saya ingin kongsikan sedikit tips: Sistem Tabung

The-Money-Jars-System

Setiap kali anda memperoleh gaji, asingkan serta merta kepada enam tabung:

  1. FFA 10% - Duit untuk keguaan selepas bersara. Cukupkah KWSP/EPF anda? Statistik mengatakan EPF cuma boleh bertahan selama 5 tahun secara purata. Oleh itu bersedia untuk persaraan adalah WAJIB! Duit ini boleh disalurkan ke institusi kewangan yang menawarkan dividen seperti Tabung Haji dan ASB.
  2. LTSS 10% - Duit yang disimpan dengan tujuan untuk digunakan sekiranya berlaku kecemasan seperti untuk mengganti tayar kereta yang bocor dan perbaharui cukai jalan. Ataupun untuk tujuan takaful/insurans.
  3. EDU 10% - Diri anda begitu berharga. Apa kata anda melabur sedikit pada diri anda. Pelaburan yang paling menguntungkan ialah ilmu. Mungkin anda boleh pergi ke bengkel atau seminar usahawan, pengurusan kewangan atau pelaburan untuk upgrade diri anda.
  4. NEC 55% - Duit yang digunakan untuk membayar keperluan asas seperti pinjaman kereta, pinjaman rumah, makan minum, belanja dapur dan bil telefon.
  5. Play 10% - Anda perlu reward diri anda. Kita seringkali menghadiahkan sesuatu kepada orang lain. Tapi, pernah tak anda beli hadiah untuk diri sendiri diatas kejayaan-kejayaan yang anda capai?
  6. Give 5% - Pernah tak dengar pepatah 'the more you give, the more you get'? Di dalam Islam pun kita disuruh untuk membayar zakat diatas pendapatan yang kita perolehi. Tahu tak nak kira zakat pendapatan? Kalau tak tahu boleh layari laman web Zakat Selangor.

Setakat itu sahaja perkongsian saya...

Leave a Reply

Your email address will not be published.