Kalau Aku Kaya

Anda pernah bercita-cita jadi orang kaya atau jutawan? Tapi tahu tak macam mana kehidupan sebagai seorang jutawan?

[kad_youtube url="https://www.youtube.com/watch?v=_0omRGOqUM4" ]

Kalau nak kaya, perlulah fikir macam orang kaya. Jom saya kongsi sedikit info mengenai jutawan...

Fakta Mengenai Jutawan

  • Kebanyakan jutawan mewarisi kekayaan mereka.
    BOHONG - Hanya 19% daripada jutawan mewarisi apa-apa wang atau kekayaan dari keluarga.
  • Jutawan tidak bekerja keras tetapi mereka mempunyai orang-orang yang bekerja untuk mereka.
    BOHONG - Kebanyakan jutawan bekerja lebih daripada 45 jam seminggu.
  • Kebanyakan jutawan mendapat wang mereka dengan cara yang glamor - contohnya: mereka adalah pemain bola keranjang, ahli muzik dan selebriti.
    BOHONG - Kebanyakan jutawan mempunyai pekerjaan yang biasa. Mereka merupakan kontraktor atau mempunyai perniagaan kecil.
  • Jutawan mempunyai banyak kad kredit.
    BOHONG - Majority jutawan hanya menyimpan satu kad kredit dan membayar sepenuhnya setiap bulan. Mereka tidak suka membayar faedah ke atas hutang.
  • Kebanyakan jutawan memiliki perniagaan mereka sendiri.
    BETUL - Kebanyakan jutawan menganggap diri mereka sebagai usahawan. Ini dapat menjelaskan mengapa mereka bekerja lebih lama daripada anda fikirkan. Mereka adalah pembuat keputusan bagi syarikat-syarikat mereka sendiri.
  • Ramai orang miskin menjadi jutawan dengan memenangi loteri.
    BOHONG - Peluang untuk menang Loteri Powerball adalah 1 dalam 17 bilion. Anda mempunyai kebarangkalian yang lebih baik untuk disambar kilat. Peluang anda untuk disambar kilat adalah 1 dalam 9 juta.
  • Kebanyakan jutawan adalah graduan kolej.
    BETUL - 4 daripada 5 jutawan adalah graduan kolej. 24% telah memperoleh sarjana atau ijazah doktor falsafah. 14% lagi telah memperoleh ijazah perubatan atau undang-undang. Mereka adalah daripada golongan terpelajar.
  • Anda juga berkemungkinan menjadi jutawan.
    BETUL - Ianya mudah jika anda mula menyimpan secara konsisten. Katakan anda melabur RM250 setiap bulan dari umur 21 hingga umur 64 dan mendapat 8% dividen, anda akan bersara dengan RM1,000,000!

Sumber: The Millionaire Next Door, Thomas J. Stanley, Ph.D and William D. Danko, Ph.D., 1998

Plant_a_Tree_Now

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.