Syarikat Takaful Terbaik?

Soalan ini umpama anda tanya antara Android dan iOS, yang mana lebih bagus? Sampai hari ini, ada pengguna smartphone kedua-dua operating system yang menyatakan Android lebih bagus berbanding iOS dan sebaliknya. Mungkin lebih ramai memilih Android di Malaysia kerana harganya lebih murah untuk sesetengah jenama smartphone. Tapi ramai juga yang memilih Android walaupun harga smartphone mereka lebih kurang sama dengan smartphone keluaran Apple.

Android VS iOS

Android atau iOS? Kalau Android lebih bagus, sudah pasti Apple tutup kedai. Anda setuju? Begitu juga sebaliknya. Masing-masing ada peminat masing-masing kerana ciri-ciri yang ditawarkan berbeza. Ada orang yang suka tukar-tukar theme smartphone, dia mungkin pilih Android. Ada yang suka smartphone yang simple akan pilih iOS dan banyak lagi perbezaan antara keduanya. Saya bukan arif dalam bidang gadjet-gadjet ni. Tetapi, yang pastinya, ada sesuatu yang ada pada android yang tak ada pada iOS dan juga sebaliknya. Jadi, boleh tak kita buat keputusan yang mana lebih bagus?

android-to-ios

Aku, Apple dan Android

Saya pilih Android ke iOS? Jawapan: kedua-duanya!

Sebagai perunding takaful PruBSN, saya perlukan iPad untuk generate quotation client. PruBSN hanya sedia software itu untuk iOS dan Windows sahaja. Takkan nak bawak laptop ke hulu ke hilir. Berat kot! Jadi, jalan yang lebih mudah ialah dengan bawak iPad. Untung PruBSN bagi free iPad.

Dalam masa yang sama, saya guna Samsung S5. Kenapa saya berubah dari Apple 5s ke Samsung S5? Jawapannya sebab Apple 5s saya jatuh dalam lubang tandas. hehehe. Tapi bukan itu yang saya nak cuba sampaikan. Saya buat keputusan untuk beli Samsung S5 dan tak beli Apple 5s sekali lagi sebab saya perlukan smartphone yang lebih flexible. Contohnya boleh attach PDF/files kepada email yang saya nak hantar. Maklumlah, email kan cepat sampai daripada nak pos. Percuma pulak tu. Antara sebab lain ialah Samsung S5 kalis air. Jadi, kalau lepas ni jatuh dalam lubang tandas sekali lagi pun tak apa.

_DSC8515

Syarikat Takaful Yang Mana Lebih Baik?

Salah satu soalan yang selalu saya terima, "Company A atau Company B lagi bagus?". Kadang-kadang ada yang siap bawa quotation dari syarikat singa lah, syarikat bukit lah untuk suruh saya review dan bandingkan dengan PruBSN. Kalaulah ada satu syarikat takaful yang tersangat bagus berbanding yang lain, pasti syarikat lain gulung tikar dan sudah hilang dari industri takaful di Malaysia. Masing-masing ada kekuatan dan kelebihan masing-masing.

Memandangkan saya merupakan wakil PruBSN Takaful, maka kepakaran saya cuma mengenai produk-produk PruBSN Takaful. Maka, tak adil untuk saya komen mengenai pelan-pelan takaful yang disediakan oleh syarikat-syarikat lain. Kerana produk yang disediakan sentiasa berubah mengikut perubahan zaman.

Syarikat Takaful Terbaik

Layari website PruBSN Takaful untuk maklumat lanjut.

Apa Yang Anda Mahu?

Bila orang mintak saya bandingkan, soalannya akan berbalik kepada yang bertanya. Apa anda mahu sebenarnya? Pernah dengar tak pepatah Inggeris "one man's meat is another man's poison". Maksudnya, apa yang baik untuk saya, mungkin tak baik untuk anda. Tugas kami sebagai perunding takaful ialah bagi yang terbaik untuk anda. Jika apa yang anda mahu itu ialah medical card stand-alone (satu medical card di dalam polisi untuk dikongsi beramai-ramai), maka PruBSN Takaful bukan pilihan anda. Tapi kalau anda mahu investment-linked plan yang komprehensif, kami merupakan syarikat takaful PERTAMA di Malaysia yang menawarkannya.

Tapi semuanya berbalik kepada anda. Anda nak apa?

Nak plan simpanan untuk Haji dan Umrah? PruBSN UmmahLink mungkin pilihan anda.

Atau anda sedang merancang kehidupan selepas anda bersara? PruBSN Platinum mungkin boleh membantu anda.

Atau anda tak tahu apa yang anda perlu atau mahu, saya boleh bantu anda. Hubungi saya di 013-977 9638 (Megat Hazwan).

Leave a Reply

Your email address will not be published.