Tol naik, tambang pengankutan awan naik dan segalanya naik kecuali kangkung. Kita sering mengeluh itu dan ini tetapi keluhan kita itu sebenarnya tak ke mana. Kita perlu fokus pada kita punya circle of control. Maksudnya, apa yang kita boleh buat untuk mengatasi cabaran yang mendatang.

Kali ini saya nak kongsikan tips bagaimana untuk berjimat cermat. Mungkin tak semua bersesuaian dengan anda. Tapi, saya cabar anda untuk buat sebanyak yang boleh. Mungkin ia tak sesusah yang anda sangka!

save1

  1. Matlamat yang jelas. Apa matlamat kewangan anda untuk jangka masa panjang? Mungkin anda ingin melangsaikan hutang kad kredit, membeli rumah atau mengerjakan Haji/Umrah.
  2. Ukur baju di badan sendiri. Gaya hidup masing-masing berbeza berdasarkan pendapatan yang diperolehi. Belajar untuk bersyukur dengan apa yang anda miliki.
  3. Kurangkan makan di luar. Makan di rumah sebanyak mungkin. Apabila anda berada di luar, pilih restoran yang sesuai dengan bajet anda atau gunakan kupon/vaucer.
  4. Ketahui alamat duit anda. Anda perlu tahu ke mana duit anda pergi termasuk yang dibelanjakan untuk membayar bil, petrol dan kos-kos lain setiap bulan.
  5. Mampu bukan bererti perlu. Hanya kerana anda mampu untuk membeli sesebuah model kereta, bukan bererti anda perlu membeli kereta tersebut. Komitmen bulanan yang lebih rendah akan membantu anda mempunyai duit lebihan setiap bulan.
  6. Ketahui apa yang memuaskan nafsu anda. Jika anda dapat menikmati beberapa perkara yang betul-betul bermakna, anda tidak akan merasakan keperluan untuk perkara-perkara yang kurang berkepentingan. Pilih satu atau dua perkara yang anda benar-benar suka.
  7. Tentukan keutamaan. Keutamaan anda adalah masa depan anda, keselamatan kewangan anda, dan keluarga anda. Ingat perkara ini setiap kali anda ingin membuat keputusan kewangan dan anda boleh jimat sebanyak yang mungkin.

Anda ada tips-tips yang lain? Kongsikan di ruangan komen di bawah!

Leave a Reply

Your email address will not be published.