Investment-Linked Plan (ILP) memang popular jika nak dibandingkan dengan pelan-pelan takaful yang traditional. Salah satu sebabnya ialah ada simpanan atau nilai tunai (cash value). Tapi post saya kali ini bukan nak cerita perbezaan ILP dan traditional. Saya cuma ingin kongsikan tips sekiaranya anda sudah memiliki ILP takaful/insurans.

1. Jangan Keluarkan Nilai Tunai (Cash Value)

Fahamkan apa konsep sebenar ILP dan caj tabarru' yang dikenakan terhadap pemegang sijil takaful. ILP membolehkan anda membayar jumlah caruman yang sama walaupun usia anda meningkat. Tetapi, caj tabarru' akan meningkat setiap tahun. Berikut adalah contoh seorang pemegang sijil takaful (lelaki, ANB: 35 tahun, tak merokok) yang mencarum sebanyak RM2,400/tahun:

Male ANB 35 A

Kalau kita lihat, ketika pemegang sijil berumur 56 tahun, caj tabarru' (merah) yang dikenakan lebih dari jumlah caruman (biru) yang dibayar. Namun begitu, pemegang sijil tetap cuma perlu membayar RM2,400 sahaja setahun. Itulah sebenarnya fungsi cash value (hijau). Ia membolehkan anda membayar jumlah caruman yang sama walaupun caj yang dikenakan kepada anda meningkat.

Jadi, kalau anda selalu keluarkan nilai tunai, anda rasa cukup tak untuk cover caj tabarru' masa anda dah tua nanti?

2. Cash Value Dalam Quotation Adalah Projection

Setiap kali ejen bagi anda quotation, biasanya akan ada jadual cash value. Namun begitu, ianya hanyalah projection semata-mata. Ianya tidak dijamin dan bukan berdasarkan prestasi masa lalu. Pulangan anda yang sebenarnya mungkin negatif ataupun positif. Anda seharusnya rujuk Fund Report dari syarikat tersebut.

Untuk pelanggan PruBSN, anda boleh klik disini.

3. Pilih Dana Yang Bersesuaian Dengan Anda

Selalu dengar tak "high risk, high return"? Maksudnya, lagi tinggi risiko, lagi besar pulangan. Maka, makin besar juga potensi untuk kerugian. Antara dana-dana TakafulLink yang biasa ialah:

  • Dana Ekuiti
  • Dana Bon
  • Dana Urus

Pemilihan dana ini akan memberi impak kepada nilai tunai anda. Nak pilih yang mana? Rujuk Fund Report dan buat pilihan yang tepat. Untuk pelanggan PruBSN, anda boleh klik disini.

Pemilihan ini tidak muktamad. Maksudnya, anda boleh mengubah dana-dana ini pada bila-bila masa. Namun, caj mungkin dikenakan bergantung kepada syarikat takaful anda.

4. Tambah Cash Value Anda Dengan Takaful Saver

Saya tak pasti dengan syarikat takaful lain, tapi PruBSN membenarkan anda untuk menambah rider Takaful Saver (TS). Dalam erti kata mudah, Takaful Saver yang anda bayar setiap bulan untuk dimasukkan ke dalam pelaburan. Berikut ialah contoh perbezaan sekiranya ada Takaful Saver:

  1. Pelan A (RM2,400/tahun) - seorang pemegang sijil takaful (lelaki, ANB: 35 tahun, tak merokok) yang mencarum sebanyak RM2,400/tahun (tiada Takaful Saver).
  2. Pelan B (RM3,000/tahun) - seorang pemegang sijil takaful (lelaki, ANB: 35 tahun, tak merokok) yang mencarum sebanyak RM2,400/tahun + RM600 Takaful Saver/tahun.

Male ANB 35

Jika kita lihat, jumlah cash value akan menjadi lebih tinggi sekiranya terdapat Takaful Saver. Oleh itu, tidak menjadi masalah sekiranya anda ingin mengeluarkan sedikit untuk keperluan anda seperti pendidikan anak mahupun persaraan.

5. Berapa Cash Value Saya Sekarang?

Ada beberapa jawapan kepada soalan tersebut. Antaranya:

  • tanya ejen anda
  • hubungi talian khidmat pelanggan (Pelanngan PruBSN boleh klik disini)
  • buat pertanyaan di cawangan

Itu sahaja yang saya ingin kongsikan kali ini. Untuk maklumat lanjut boleh SMS/Call/Whatsapp saya 013-9779638 - Megat Hazwan

Leave a Reply

Your email address will not be published.