Masih muda, sihat dan sedang mengejar cita-cita dalam kehidupan. Takaful bukanlah merupakan sesuatu yang menarik untuk dibincangkan jika dibandingkan dengan pelaburan saham, hartanah mahupun unit amanah. Akan tetapi, ia seharusnya di ambil berat oleh golongan Gen-Y.

Seandainya anda pergi buat selamanya, adakah sesiapa di sekeliling anda yang akan terkesan dengan kehilangan anda sebagai pencari rezeki? Barangkali, jawapan kepada soalan itu adalah "ya". Itulah sebab utama mengapa anda memerlukan takaful. Saya ingin kongsikan kepada anda mengapa Gen-Y memerlukan takaful:

1. ADA ORANG BERGANTUNG KEPADA ANDA

Sama ada anda mempunyai anak atau tidak, mungkin ada orang yang bergantung kepada anda. Contohnya pasangan mahupun ibu bapa. Kehidupan mereka amat terkesan dengan pemergian anda. Bukan sahaja dalam bentuk emosi, malah dari sudut kewangan. Adakah mereka mampu membayar sewa rumah, bil utiliti, bil perubatan? Anda semestinya tidak mahu mereka terbeban setelah mereka kehilangan anda. Takaful hayat boleh memberikan anda peace of mind dengan mengetahui bahawa kebajikan mereka terjaga setelah pemergian anda.

2. KOS LEBIH MURAH

Risiko anda adalah rendah kerana masih muda dan sihat. Maka caruman bulanan juga adalah rendah. Semakin lama anda tunggu, semakin tinggi kebarangkalian untuk menghidap penyakit seperti tekanan darah tinggi dan diabetes yang menyebabkan caruman bulanan meningkat dengan mendadak. Dan yang mengecewakan adalah apabila syarikat takaful tidak mahu meluluskan permohonan anda di atas faktor kesihatan.

3. ANDA MEMPUNYAI HUTANG

Alasan kukuh mengapa Gen-Y memerlukan takaful ialah kerana hutang pelajaran. Anda sangat bertuah sekiranya anda tidak mempunyai hutang pelajaran kerana ramai dari generasi ini menghabiskan gaji membayar hutang tersebut. Adakah anda memiliki kad kredit? Proses permohonan yang mudah dan kegagalan mengawal emosi ketika berbelanja menyebabkan ramai yang terjerat dengan hutang kad kredit. Sanggupkah anda meninggalkan hutang-hutang ini kepada insan yang anda cintai?

4. KOS PENGKEBUMIAN

Walaupun masih bujang, seseorang perlu mengeluarkan belanja untuk kos pengkebumian anda. Pastinya orang itu terdiri daripada kaum keluarga anda. Dengan menyertai takaful hayat, wang pampasan yang dibayar dapat membiayai kos tersebut dan mengurangkan bebanan kewangan insan yang anda sayang.

5. INSURANS SYARIKAT ANDA BERKERJA MUNGKIN TIDAK CUKUP

Tahniah kerana anda mempunyai pekerjaan! Kerana masih ramai yang menganggur pada hari ini. Tetapi, bagaimana sekiranya anda tidak lagi mampu berkerja atas faktor kesihatan? Majority majikan cuma memberikan manfaat sekiranya anda masih berkerja dengan mereka. Sememangnya memiliki takaful hayat persendirian merupakan satu idea yang bernas kerana malang tidak berbau. Saya yakin anda tidak mahu membebankan insan yang anda sayang dengan bil perubatan dan hutang-hutang.

Banyak manfaat sekiranya anda memiliki takaful ketika masih muda dan sihat. Anda ingin tahu berapa caruman bulanan yang sesuai untuk anda? Saya ada memberikan quotation secara percuma sekiranya anda cuma ingin ambil tahu. Tidak salah untuk anda ambil tahu harga peace of mind anda.

Megat Hazwan
Prudential Wealth Planner
Mobile: +6013-977 9638
megat615@prupartner.com.my
megathazwan.prudential@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.