Salah satu tugas dan tanggungjawab ketua keluarga semasa Perintah Kawalan Pergerakan ialah membeli barang keperluan terutamanya makanan. Kita dinasihatkan untuk pergi berseorangan tanpa membawa ahli keluarga yang lain untuk mengurangkan risiko jangkitan.

"Penyakit koronavirus menyebar terutamanya melalui hubungan dengan orang yang dijangkiti ketika mereka batuk atau bersin. Ia juga menyebar apabila seseorang menyentuh permukaan atau objek yang mempunyai virus di atasnya, kemudian menyentuh mata, hidung, atau mulutnya." - Sumber: WHO (https://www.who.int/)

Berikut ialah 5 langkah yang disarankan selepas kita pulang membeli barang:

  1. Elakkan sentuhan fizikal
  2. Masukkan topeng muka ke dalam plastik dan buang ke dalam tong sampah
  3. Cuci atau remdan pakaian yang telah dipakai dengan sabun
  4. Mandi. Pastikan seluruh tubuh badan anda dibersihkan
  5. Dah bersih, barulah boleh bertemu dengan keluarga

Semoga kita dan keluarga kita dilindungi dan diberikan kesihatan.

#StayAtHome

Megat Hazwan

Prudential Wealth Planner
6013-977 9638

Leave a Reply

Your email address will not be published.