Anda belum ada perlindungan takaful? Itu perkara normal. Ramai orang di luar sana yang masih belum ada perlindungan takaful. Yang dah ada pun belum tentu dia tahu apa yang dia ambil. Tapi, kenapa masih ramai yang belum ada perlindungan ni sedangkan kerajaan Malaysia bagi pengecualian cukai RM9,000 setiap tahun untuk takaful/insurans.
Sila rujuk "Cara untuk mendapatkan RM9,000 pengecualian cukai"

#1 No Need

Rasa comfort dengan apa yang ada seperti kad perubatan syarikat. Tapi cuba fikir balik, syarikat cover sampai umur berapa? Tawu tak yang syarikat boleh ubah manfaat perubatan yang diberikan bila-bila masa? Dulu unlimited sekarang limited. Dulu cover satu keluarga sekarang cover seorang sahaja. KENAPA? Sebab kos perubatan meningkat!

"Tak perlu lah mati tinggalkan duit pampasan, nanti waris bergaduh...bla..bla..". Itu mentaliti masyarakat kita. Duit kita tinggalkan itu untuk bayar hutang-hutang kita. Lebih sedih kalau pasangan tak berkerja, hari ni meninggal, esok dia dah boleh dapat kerja ke? Mungkin duit pampasan itu tak boleh bertahan selama-lamaya tapi setidak-tidaknya sempat untuk ahli keluarga si mati adjust lifestyle.

IMG_20150225_195651 - Copy

#2 No Hurry

"nantilah tunggu gaji bulan depan..." "tunggu naik gaji..." "tunggu lepas kahwin... nanti tunggu nanti tunggu..."

Boleh kita cakap tunggu pada benda yang bakal jadi? "Eyh jangan la accident sekarang, tunggu lah lepas bonus". Kalau boleh, bagus! Sempat kita kumpul duit persediaan. Tapi boleh ke? Siapa boleh jamin dia hidup esok?

11036661_10153126772153299_1359750677273810755_n

 

Anda perlu ingat satu benda, Syarikat Pengendali Takaful bukan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bertindaklah sebelum terlambat!

 

 

#3 No Trust

Anda tak percaya Takaful Operator atau Agent? Kedua-duanya dipantau oleh Bank Negara dan Undang-Undang Malaysia.

Kalau syarikat takaful itu penipu, mana mungkin ia boleh didaftar dan beroperasi secara meluas di Malaysia. Sila rujuk Bank Negara Malaysia dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

2015-08-31_114542

 

Semua Agent Takaful/Insurans perlu berdaftar dengan Malaysian Takaful Associations (MTA). Kini terdapat ramai agent dari pelbagai syarikat takaful. Mungkin rakan-rakan atau ahli keluarga anda adalah salah seorang daripada mereka. Pilihlah mana-mana agent yang anda prefer. Kalau anda masih tercari-cari agent full-time yang komited, boleh hubungi saya di 013-9779638.

11822609_10153130125733299_7144434937629102398_n

#4 No Money

Bukan semua orang layak ambil Takaful! Apa ciri-ciri oarang yang layak?

  1. Berkemampuan
  2. Sihat

Pelan takaful boleh di"design" untuk memenuhi keperluan seseorang berdasarkan keperluan dan status kewangan seseorang.

Secara basic, kita boleh bahagikan gaji kita kepada 3 pecahan:

  • 70% - perbelanjaan
  • 20% - simpanan
  • 10% - perlindungan

Takaful tak perlu banyak. Kebiasaannya kurang dari 10% dari pendapatan kita dan yang penting boleh upgrade di masa hadapan. Lebih baik kita mempunyai perlindungan takaful yang sedikit daripada tidak mepunyai apa-apa. Setidak-tidaknya tak perlulah kita guna kad kredit bila masuk hospital, lepas tu tak mampu nak bayar dan bankrupt.

11229544_10153132417593299_8139584706637925511_n

Jadi, anda tergolong dalam kategori yang mana? Kos untuk ambil tahu adalah percuma. Sila hubungi Megat Hazwan di 013-9779638 jika ada sebarang pertanyaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.