"Berapa eyh yang saya perlu bayar untuk pelan takaful ni?"

Itu soalan biasa yang saya selalu dengar sebagai perunding takaful. Adakah harga itu akan dipetik dari langit ataupun ada sistem pengiraan? Jawapannya, harga tu ditentukan oleh software yang disediakan oleh pihak syarikat takaful. Tapi, macam mana software itu tetapkan harga? Pernah tak anda terfikir atau tanya agent anda?

Pelan takaful yang sama mungkin memerlukan caruman yang berbeza mengikut individu. Ini kerana setiap individu mempunyai risiko yang tersendiri. Maka, tak adil untuk semua orang mencarum amoun yang sama sedangkan risiko masing-masing berbeza. Ada 4 faktor utama yang akan menentukan amoun caruman seseorang individu.

  1. Umur - Semakin tua, semakin berisiko. Contohnya, orang muda dengan orang tua, yang mana lebih berisiko untuk menghidap kencing manis? Jadi, kalau nak murah, ambil lah ketika masih MUDA!!!life
  2. Jantina - Perasankah anda wanita hidup lebih lama secara purata berbanding lelaki? Itu merupakan salah satu sebab mengapa jantina mempengaruhi amoun caruman.
  3. Status merokok - Yang ni tak perlu cakap banyak, semua orang tahu perokok lebih berisiko. Jika risiko lebih, maka bayarannya pun lebih... =)3-excuses-for-smoking-1
  4. Pekerjaan - Ada yang berkerja dalam office siap dengan penyaman udara tetapi ada juga yang berkerja di pelantar minyak tengah-tengah lautan. Adakah sama risiko mereka? Tentulah tak. Tapi kedua-duanya perlukan perlindungan takaful!

Risiko-risiko ini lah yang diambil kira untuk menentukan amoun caruman yang anda perlu bayar. Selain itu, ada faktor lain seperti BMI dan kesihatan juga boleh mempengaruhi. Kalau sekadar ambil tahu sahaja pun tak guna kalau anda tak bertindak SEKARANG! Apa dia? Busy? Tak sempat jumpa agent takaful? Biar saya tolong generate FREE QUOTATION untuk anda. Hubungi saya di 013-9779638 atau megat615@prupartner.com.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published.